January 31, 2010

Antara bola dengan layang-layang, I lagi suka main layang-layang sebenarnya.

'You dekat mana ni? Nak balik pukul berapa? Lama lagi ke?' Dia

'Tak tau lagi la.' Gua

'I nak tidur dah ni. Apa kata you call I kejap nanti bila you dah balik. Ok?' Dia

'I tak tau lagi balik pukul berapa.' Gua

'Jawapan yang sama je. You balik la pukul berapa berapa pun. I nak tidur. Tak seronok langsung mesej dengan you malam ni! Bye.' Dia

'Tak seronok sudah. I pun tak suka orang kacau I tengok Liverpool I main. Bye.' Gua

'I pulak yang kena sebab kacau you nak tengok bola? Lantak la you nak buat apa-apa pun. Hish!' Dia


*********************


Liverpool menang 2-0. Dirk Kuyt sebijik, Kevin Davies gol sendiri sebijik. Bodoh, kaki bangku. Padan muka!



'Sorry dear...' Dia balas.


Romantik bukan?

January 29, 2010

I tak suka tidur malam sebab I tak pernah mimpi seronok-seronok.

Mulai hari ini, I bukan I yang dulu lagi.

Bye bye.




"she got her halo and wings
hidden under his eyes
but she's an angel for sure
she just can't stop telling lies"
~ under the gun, the killers

*stail siapa? cik koyuki? memang I tiru pun.

January 23, 2010

Ni macam mana nak kira ni?



Orang Astro tak tahu ke legend shuffle yang sebenar datang dari sekolah gua, Sekolah Sains Shuffle Batu 8, Kuantan.

January 21, 2010

My Imaginary Friend

Everytime i speak with my shoes or my pencil case, people always ask me this question, 'Hey do you have any imaginary friend?'

And i answered,'Fuck you! Yes, I do have an imaginary friend'.

Cool right? Oh i almost forgot, my imaginary friend is a blogger. Ok, please don't click this and this if you're not akil baligh yet. He's a pervert too.




Peh. Lu orang teka MUET gua band berapa?

January 17, 2010

Bila miskin datang menjelma..

Pilih antara dua ;

Nasi lemak janda, atau Pall Mall.

January 16, 2010

Bodoh macam CCTV

Sepanjang gua melepak di Melaka Bandaraya Bersejarah ni, semalam merupakan kali pertama gua pergi hantar motosikal gua basuh dekat carwash. Selama ni memang gua basuh sendiri, kerana gua percaya dengan membasuh motosikal secara berdikari, ianya dapat menghindarkan sifat malas belajar selain dapat memupuk sikap bertanggungjawab terhadap hubungan dengan makwe-makwe, dan juga menjimatkan wang ringgit yang lebih baik dibazirkan dengan membeli rokok yang sedap-sedap.

Gua bukan apa, carwash dekat-dekat area bandar ni berdasarkan pemerhatian gua, diorang buat kerja memang tak memuaskan. Basuh motosikal dia ingat macam basuh kasut sekolah apa boleh runcit-runcit. Sepanjang pengalaman gua 4 tahun dalam bidang carwash & meng'anti-rust' lori kelapa sawit yang nak pergi naik Puspakom, gua dapati membasuh motosikal lah paling memerlukan ketelitian paling tinggi berbanding kereta, lori, atau van jenazah. Dan sifat teliti ini tiada dalam diri pekerja-pekerja carwash di bandaraya-bandaraya besar, sepertimana ianya amat dititikberatkan di carwash kawasan luar bandar ataupun separa bandar. Lebih tepat lagi kawasan yang scene rempit dia memang gila babi. Jengka contohnya. Mat rempit Jengka gosok gigi sekali sehari, basuh motosikal 2 kali sehari. Otak udang. Itu pasal Mohd. Kamaruzzaman, tokey carwash dekat Jengka tu boleh pakai Toyota Caldina, padahal buka carwash sebelah kandang lembu. Cilake.

'Tayar lu kasi berus, jangan tak berus macam lu basuh motor tadi tu . Lidi tu lu kasi lap bersih-bersih. Kilat punya', gua.

'Ok..ok..', budak carwash.

'Dalam gantang tu kasi bersih juga. Bawah mudguard tu jangan sembur saja, berus dulu. Dalam gantang tau, bukan luar', gua garang.

'Ok..ok..', budak carwash spam.

Untuk 20 minit pertama masih okay, budak-budak carwash bandaraya masih mengikut arahan gua sebagai pelanggan yang sentiasa betul bak kata pepatah moden. Sehinggalah di minit ke-21 gua kira, apa hal mamat ni nak lap cover set motosikal gua guna berus? Dekat kepala pulak tu. Berus dah la macam cilake tinggal secubit je sabut dia, yang lain dawai. Belum sempat dia memberus kepala motosikal gua...

'Woi..!!', jerit gua tepi telinga budak yang basuh motor gua.

'Oh, sorry bang, sorry. Saya tak perasan..' jawabnya tanda paham, lantas menyambung membasuh motosikal gua dengan cara yang betul sambil menahan kencing.

Selesai basuh, gua pergi bayar.

'Berapa?'

'5 ringgit bang'

'Mahal. Jengka baru 2 ringgit..!!'

Gua campak 5 ringgit syiling berterabur atas muka dia, gua start motor, blah. Lagi satu dia punya palat kalau carwash area bandar ni, pekerja main ambil ikut dan dia saja. Bangla kerja carwash memang la serupa gampang woi. Bodoh macam CCTV.

January 14, 2010

Sarapan

Selepas menengok video-video mengenai perempuan puaka, dan membuat sedikit latihan persamaan pembezaan (Differential Equation) yang macam palat dia punya susah, gua rasa gua setuju dengan brader Nikbinjidan yang menulis bukan kerana nama Ramli Sarip ini. Sila klik sini, atau sana.


Sedap betul nasi lemak janda ni. Alhamdulillah.